I made this widget at MyFlashFetish.com.

Lelaki Soleh...

PENDAHULUAN
Laki - laki adalah pemimpin wanita. Ia juga menjadi bapak, teman hidup serta sebagai saudaranya. Sebaliknya wanita bukanlah sebagai pemimpin lelaki, juga bukan sebagai lawan dan musuhnya. Ini adalah fitrah dan ketentuan yang mutlak. Dengan demikian laki-laki tidaklah sama dengan wanita, lelaki tidak dapat berubah menjadi wanita, sebaliknya wanita tidak mungkin dapat mengubah dirinya menjadi laki-laki, meskipun hal itu sangat ia hajatkan. Lelaki adalah tetap sebagai lelaki dan begitu juga dengan wanita tetap dengan fitrahnya walau dalam situasi apa pun, pada saat bilapun dan dimanapun mereka berada. Inilah sunatullah yang tidak boleh dibantah dan tidak dapat diubah.

Menurut pandangan islam, kedua jenis insan ini mempunyai martabat yang sama dihadapan Allah. Adapun tanggungjawab, hak dan tugas yang dibebankan kepada keduanya ada yang sama ada yang berbeza sesuai dengan fitrah masing-masing, karakteristik dan sifat keduanya. Adapun persamaan dalam beberapa persoalan yang telah ditetapkan oleh Allah pada kedua insan tersebut, jelas tidak dapat dijadikan dasar dan alasan untuk mempersamakan keduanya. Demikian pula perbezaan yang telah ada bagi keduanya, tidak boleh dijadikan alasan sebagai dalil untuk menuduh, bahawa Allah tidak adil. Lalu menurut agar perbezaan iu dihilangkan persamaan wajib ditegakkan. Sikap seperti ini adalah suatu kezaliman dan kekafiran yang besar atau pemberontakan yang maha dasyat. Untuk itu, persoalan ini harus jelas dan mesti difahami betul oleh kaum muslimin, agar mereka tidak tergolong kedalam kelompok orang-orang yang bingung dan terombang-ambing dalam menuntut kebebasan dan persamaan hak antara laki-laki dan wanita.

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH

Lelaki soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.
Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

SIFAT-SIFAT LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan-insan yang sentiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
** Sifat - Sifat Umum Lelaki **
1. Kurang sabar di dalam memelihara dan mendidik anak-anak.
2. Lebih berorientasi kepada fikiran.
3. Keras kemahuannya dan kasar perlakuannya.
4. Mudah terpedaya oleh wanita.
5. Selalu ingin berkuasa.
6. Tidak mahu dilampaui.
7. Lelaki itu suka dipuji dan dipuja.

Dapat kita bezakan sifat-sifat lelaki dengan sifat-sifat lelaki soleh. Sama-samalah kita renungkanya.

TUGAS-TUGAS DAN KEWAJIPAN LELAKI SOLEH
1. Mencari nafkah (belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. Dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya. ”
Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang luhur.
Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa-apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam
Al-quran.

2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Sebagaimana dalam hadith berikut :“ Dari Nu’man bin Basyir Radhiyallahu ‘Anhu berkata : Aku berada dimimbar Rasulullah S.A.W. lalu berkatalah seseorang : Aku tidak ambil berat (aku tidak peduli) bahawa aku tidak akan melakukan sesuatu amalan setelah masuk islam, kecuali aku akan memberi minum orang-orang yang haji. Berkata yang lain : Kecuali aku akan memakmurkan masjidil haram. Dan yang lain pula berkata : bahawa jihad fisabilillah lebih afdal dari apa yang kamu katakan. Maka berkata dengan suara yang lantang Umar bin Khattab Radhiyallahu ‘Anhu, kepada mereka : Janganlah kalian mengeraskan suara disisi mimbar Rasulullah S.A.W. dan hari itu adalah hari jumaat, tetapi tatkala telah selesai melakukan solat jumaat, masuklah kami kepada Nabi S.A.W. menanyakan persoalan tersebut, lalu turunlah ayat :Apakah orang-orang yang memberikan minuman kepada orang-orang yang naik haji dan mengurus madjidil haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad dijalan Allah? Mereka tidak sama disisi Allah. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang yang zalim. (Attaubah 9:19)

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DANTERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir sentiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka. ”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam.

Mulai sekarang persiapkanlah dirimu, untuk berkhidmat untuk umat ini. Dan juga berdoalah baginya disetiap solatmu kerana kamu mengumpulkan diantara fadhilah-fadhilah menuntut ilmu dan persiapan untuk perang. Doa kamu insya Allah mustajab untuk umat ini, maka doakanlah dengan penuh keikhlasan dan dari lubuk hati yang terdalam, kerana sesungguhnya keadaan umat ini benar-benar menyedihkan dan menyanyat hati.


Apakah keadaan yang benar-benar menyedihkan itu…. ? Renungkanlah Firman Allah S.W.T. :“ Mengapa kamu tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (membela) orang-orang yang tertindas dari laki-laki dan wanita dan kanak-kanak yng semuanya berdoa : Ya Robb kami, keluarkanlah kiranya kami dari negeri ini, yang penduduknya demikian zalim dan jadikanlah dari sisi engkau seorang pelindung dan penolong. ”(surah Annisa’ 4:75)

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI
• Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
• Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara-cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah:

“Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ” (HR Ibnu Majah)

CIRI-CIRI SUAMI PILIHAN (Suami Soleh)
1. Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2. Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

3. Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

4. Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5. Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7. Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8. Rakan pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

9. Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10. Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

KESIMPULAN
Karakter kesolehan yang dimiliki dan ditampilkan oleh para utusan Allah para nabi dan Rasul, ini merupakan contoh kehidupan yang utuh dan sempurna, juga masih belum dapat diikuti secara sempurna dan dipraktikkan oleh umatnya didalam seluruh kehidupan.

Setiap lelaki atau kaum Adam yang dilahirkan didunia ini telah dianugerah kekuatan fizikal lebih daripada kaum hawa. Kelebihan yang diberikan bukan untuk disalah gunakan dengan menindas kaum hawa. Tetapi untuk melindungi kaum hawa iaitu kaum yang jauh lebih lemah dari segi fizikal. Sebagai contoh yang mudah, lelaki yang dikurniakan kelebihan fizikal daripda wanita mengambil kesempatan terhadap kaum hawa dengan mencabul kehormatannya. Oleh itu kita janganlah menindas kaum hawa, kita kaum adam yang telah diberi kelebihan, dan dimandatkan oleh Allah s.w.t agar melindungi golongan yang lebih lemah.

Kita mesti mengikut segala perintah Allah jika ingin dikelaskan kepada LELAKI SOLEH. Iaitu lelaki beriman kepada Allah, bersih zahir dan batin, menjauhi larangan Allah, melakukan segala suruhan Allah. Sebagai umat islam hendaklah kita mengikut segala sunnah rasulullah, INSYA ALLAH kita akan tergolong kedalam golongan lelaki yang soleh. Amin.
Sama-sama kita usahakan agar kita sentiasa disisi Allah s.w.t.
Insya Allah.