I made this widget at MyFlashFetish.com.

Hikmah Solat...

PENDAHULUAN
Segala puji dan sanjungan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memfardhukan ibadah sembahyang keatas hambaNya. Sepertimana yang kita ketahui solat adalah salah satu aspek yang terpenting dalam agama islam. Ini kerana sembahyang adalah tiang agama maka sekiranya kita dirikan sembahyang berdiri tegaklah tiang agama dan sebaliknya jika kita tidak mengerjakan sembahyang. Kita juga ketahui sembahyang membawa kita lebih dekat kepada Allah s.w.t dan menjadikan kita seorang muslim yang mempunyai kepercayaan teguh kepada agama islam secara am nya. Ia juga dapat membantu kita dalam melaksanakan segala suruhanNyA meninggalkan segala laranganNya samaada kecil mahupun yang besar. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengerjakan sembahyang semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

SEMBAHYANG DARI ASPEK AL-QURAN
Memperoleh kebahagiaan yang sebenar di sisi Allah s.w.t

Terdapat pelbagai ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-quran yang mengatakan tentang sembahyang. Antaranya ialah Allah s.w.t telah berfirman:“Benar - benar sangat beruntung orang - orang yang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang” (Surah Al-Mukminun :1-2)

Dalam ayat lain Allah s.w.t telah berfirman :“Benar – benar sangat beruntung orang – orang yang membersihkan diri dengan beriman, dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang. ”(Surah Al-A’la:14-15)

Khusyuk itu berada dalam hati, bukan dalam bentuk perilaku. Seseorang yang khusyuk dalam melaksanakan ibadah terutamanya sembahyang terhindar dari melakukan maksiat, hingga dia beroleh kebahgiaan didunia dan diakhirat. Sebaliknya, seseorang yang hatinya tidak khusyuk hanya akan menyebabkan hati menjadi tidak tenteram yang berpanjangan.

Mencegah dari melakukan perbuatan yang dilarang di sisi Allah s.w.t

Sembahyang yang dilakukan dengan khusyuk dan dilakukan hanya semata – mata kerana Allah s.w.t dapat menjadikan benteng untuk seseorang itu daripada terjebak kepada perbuatan yang mungkar dan hina disisi Allah s.w.t. Selain itu ia dapat memelihara diri kita daripada perbuatan maksiat. Ini terbukti dengan firman Allah s.w.t iaitu: “Dan dirikanlah sembahyang (kerana) sesunggguhnya sembahyang dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya zikir kepada Allah s.w.t (sembahyang) lebih besar(keistemewaanya daripada ibadah yang lain)” (Surah Al-Ankabut:45)


Sepertimana yang diketahui setiap ayat yang dibaca ketika sembahyang mengingatkan kita kepada kewajipan yang mesti kita laksanakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu kita patutlah mengahayati setiap ayat yang dibaca agar terhindar dari perbuatan keji dan mungkar. Bacan sembahyang yang tidak mencegah kemungkaran bagi orang yang mengerjakannya, bereerti ia akan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. Kerana tidak dapat memanfaatkan bacaan tersebut, bahkan mempermainkannya. Ini bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w yang bersabda :” Sesiapa ibadah sembahyangnya belum mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar, bereeti dia semakin jauh dari keredhaan Allah s.w.t. ”

Sentiasa tabah dan cekal dalam menjalani ujian Allah s.w.t

Nabi s.a.w berdepan dengan pelbagai penderitaan dan kesedihan yang begitu hebat tidak kira samaada urusan agama atau keluarga. Antara salah satu cara Nabi s.a.w mengatasi masaalah ini adalah dengan mengerjakan solat sunat. Terdapat pelbagai firman Allah s.w.t di dalam al-quaran berkenaan tajuk ini. Antaranya ialah:“Jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikin itu sangat berat, kecuali bagi orang – orang yang khusyuk. ” (Surah Al-Baqarah :45)

Dan suruhan dalam ayat yang lain :”Wahai oaring-orang beriman. Jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu. Sesungguuhnya Allah s.w.t beserta orang – orang yang sabar. ” (Surah Al-Baqarah :153)

Oleh itu daptlah kita simpulkan bahawa dengan mengerjakan sembahyang seseorang itu akan lebih tabah dalam mengahadapi ujian Allah s.w.t. Sembahayang juga adalah bukti yang jelas tentang ketakqwaan. Didalam Al-quaran Allah s.w.t berfirman :“Sesiapa bertaqwa kepada Allah s.w.t, nescaya Dia akan memberinya rezeki yang tiada disangka – sangka. ” (Surah At-Talaq :2-3)

Antara tanda diterima taubat di sisi Allah s.w.t

Manusia yang semasa hidupnya sentiasa bergelumang dengan dosa serta maksiat kemudian dia berubah kepada sentiasa melakukan kebaikan terutamanya sembahyang bererti dia telah melakukan taubat dengan sebenar-benarnya. Dalam Al-quran Allaf s.w.t berfirman:“Maka bunuhlah orang – orang musyrik dimana saja kamu berjumpa dengan mereka, dan tangkaplah. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat, maka berikanlah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya A llah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. ” (Surah At-Taubah :5)

Sembahyang juga adalah tanda-tanda awal taubat nasuha. Allah s.w.t berfirman:“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah s.w.t, wahai orang – orang beriman, agar kamu beruntung. ” (Surah An-Nur: 31)

Segala dosa akan diampuni oleh Allah s.w.t


Segala dosa yang telah kita lakukan tidak akan diampuni oleh Allah s.w.t sekiranya kita tidak bertaubat. Sembahyang adalah taubat yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t, ini kerana dengan mengerjakan sembahyang seseorang itu akan mendapat keampunan dosa – dosanya. Ini dibuktikan dengan sabda Nabi s.a.w :“Adakah kamu mengetahui, seandainya di depan pintu salah seorang di antara kamu terdapat sungai yang mengalir, kemudian di setiap hari mandi lima kali, masihkah terdapat kotoran pada tubuhnya?” Jawab para sahabat :”Ya Rasulullah tidak terdapat kotoran sedikit pun pada tubuhnya. ”Rasulullah kemudian bersabda :”Itulah perumpamaan sembahyang lima waktu. Dengan Allah s.w.t melebur segala dosa dan kesalahan. ” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Sembahyang juga adalah sebagai penebus dosa bagi manusia yang melanggar larangan Allah s.w.t. Ini telah di jelaskan didalam Al-quran :“Dan dirikanlah sembahyang pada kedua tepi siang (pagi dan petang), dan pada bahagian awal daripada malam. Sesungguhnya amal-amal baik dapat menghapuskan perbuatan-perbuatan buruk(dosa). Itulah peringatan bagi orang-orang yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t. “ (Surah Hud: 114)

Memperoleh amal istimewa para Nabi

Salah satu ibadah yang dilakukan oleh nabi-nabi ialah dengan mengerjakan sembahyang. Ini kerana para nabi ingin mencari keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t dan juga memohon taufik dariNya. Bahkan dengan sembahyang juga para nabi berwasiat misalnya Nabi Ibrahim a.s selalu berdoa iaitu :“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku sebagai orang yang teguh mendirikan sembahyang. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. ” (Surah Ibrahim :40)

Nabi Isa Bin Maryam, diperintah oleh Allah s.w.t agar mendirikan sembahyang sepanjang hayat masih dikandung badan. Allah s. wt berfirman iaitu :”Dan Dia telah memerintahkan kepadaku untuk mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat selama aku hidup. . ” (Surah Maryam :31)

Nabi Ismail a.s juga selalu berpesa kepada keluarganya agar sentiasa mendirikan sembahyang. Dalam al-quran Allah s.w.t berfirman :” Dan dia menyuruh keluarganya untuk mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Dan dia adalah orang yang dirhedai di sisi Tuhannya. ” (Surah Maryam :55)

Melalui ayat-ayat diatas dapat memberikan kita pengertian dan penghayatan yang besar mengenai nilai sembahyang sehingga para nabi diperintah oleh Allah s.w.t agar berwasiat kepada keluarga mereka agar mengerjakannya dengan penuh kusyuk. Dengan ini mereka akan memperoleh martabat yang tinggi di dunia dan di akhirat. Memperoleh lima jenis kemuliaan di sisi Allah s.w.t

Dalam suatu riwayat ada mengatakan bahawa sesiapa yang memelihara sembahyang fardu yang lima waktu maka mereka akan beroleh lima kemuliaan. Iaitu Allah s.w.t akan memberi kelapangan rezeki bagi mereka, diselamatkan daripada seksa dan azab kubur yang pedih, buku amalan mereka diserahkan dengan tangan kanan, melintasi titian shiratal mustaqim seperti kilat yang menyambar dan mereka ini dimasukkan kedalam syurga tanpa hisab.

Oleh itu mereka yang memelihara sembahyang, beriman kukuh didalam hati dan selalu beramal soleh, akan mendapat keberkatan dariNya. Mereka ini ibarat menaburkan kebajikan dan kebahagiaan. Kemuncak kebahagiaan adalah mendapat petunjuk daripada Allah s, wt kemudian mengikutinya. Mereka ini telah digambarkan oleh Allah s.w.t didalam al-quaran :” Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah s.w.t, maka kemudian mereka mengikut petunjuk itu. ”(Surah Al-An’am :90)

Balasan bagi orang-orang yang meninggalkan sembahyang.

Allah s.w.t amat murka kepada hambaNya yang meninggalkan sembahyang. Oleh itu Allah s.w.t menimapakan lima belas kesengsaraan iaitu enam kesengsaraan didunia, tiga kesengsaraan ketika sakaratul maut, tiga lagi ketika didalam kubur dan tiga lagi ketika keluar dari kubur. Enam kesengsaraan di dunia

Pertama dicabut keberkatan oleh Allah s.w.t sepanjang hayatnya. Kedua, dihapus cirri-ciri orang soleh pada raut wajahnya. Ketiga, setiap amal baik yang dikerjakan olehnya tidak mendapat pahala daripada Allah s.w.t. Keempat, Setiap doa yang dibacanya tidak akan dikabulkan Allah s.w.t. Kelima, tidak akan mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh. Keenam, keluar dari dunia ini tanpa membewa bekala iman.

Tiga kesengsaraan ketika sakaratul-maut

Pertama, mati dalam keadaan yang sangat hina. Kedua, mati dalam keadaan yang sangat lapar. Ketiga, mati dalam keadaan yang sangat dahaga, sehingga apabila seluruh air di lautan diminum, tidak akan dapat menghilangkan dahaganya.

Tiga kesengsaraan di alam kubur

Pertama, segera dihimpit oleh kubur sehingga tulang belulangnya berserakan. Kedua, Sepanjang siang dan malam dibakar dengan api yang panas membara. ketiga, dililit dengan erat sekali oleh seekor ular yang besar bernama Syuja. Ular ini matanya adalah api yang membara. Kukunya panjang-panjang dan diperbuat daripada besi, juga pnjang setiap kukunya adalah sehari perjalanan.

Ular itu berkata :”Aku adalah Syuja, bertugas untuk menyeksamu. ” Suaranya bagai halilintar menggegar, yang mengatakan aku: “Aku disuruh oleh Allah s.w.t untuk memukulmu disebabkan mengabaikan sembahyang subuh hingga terbit matahari. Dan disuruh untuk memukulmu kerana mengabaikan sembahyang zuhur hingga asar, mengabaikan sembahyang asar hingga maghrib, dan mengabaikan sembahyang isyak hingga waktu subuh tiba. ”Sekali pukulan nya boleh menenggelamkan kebumi yang dalamnya tujuh puluh hasta. Didalam kubur itulah mereka mendapat seksaan yang berat.

Tiga kesengsaraan ketika keluar dari kubur


Pertama, dihisab dengan berat. Kedua, mendapat kemurkaan daripada Allah s.w.t. Ketiga, dimasukkan kedalam neraka. Dalam riwayat lain pula diterangkan bahawa orang yang mengabaikan waktu sembahyang kelak pada hari kiamat pada wajahnya akan ada tiga tulisan. Pertama, tulisan :”Wahai orang-yang mengabaikan kewajipan terhadap Allah s.w.t. ” Kedua tulisan: ” Wahai orang-orang yang sangat dimurkai Allah s.w.t. ”Ketiga, tulisan : “Sebagaimana didunia engkau mengabaikan hak Allah, maka sekarang engkau terjauhkan dari rahmat Allah s.w.t.