I made this widget at MyFlashFetish.com.

Renungan untuk semua- Cerita bayi yang berkata-kata...

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”

Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.

Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya.

Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.”

Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”

Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.”

Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.”

Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah.

Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”

Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”

Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.

Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.”

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”

Azab bagi orang yang tidak menutup aurat...

Maksudnya:

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur Ayat 31)

Zikir-zikir harian....(Amalkan )

Doa dan niat adalah pekerjaan hati...

"Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadah dan berdoa kepada tuhan mereka pagi dan petang,sedangkan mereka menghendaki keredaan-nya semata-mata"

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya segala amal itu adalah menurut niat dan untuk setiap manusia ialah apa yang diniatkan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.)  

Tutuplah auratmu Wahai wanita.....

Renungan....

HATI ADALAH SEGALANYA

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati(jiwa)"
(Riwayat Abu Ya'la)

Rasululluah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu,tetapi hanya memandang hati dan amal kamu"
( Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)  

Doa memohon ketetapan hati

"Ya Allah,Tuhan yang menunjukkan hati,tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-mu"

Melalui Eksplorasi Hati

Hati berperanan sebagai raja di dalam tubuh badan kita.
Jika hati baik maka baiklah semua pancarindera hasil melakukan perbuatan yang baik.Banyak kejahatan di atas muka bumi ini berpunca daripada hati yang sakit.

Kita hendaklah melatihkan hati agar menjadi jernih dan sukakan kebaikan.Lauluilah proses pengubat dan mendidik hati jika hati anda telah terlibat dengan aktiviti buruk.Hati yang  yang rosak berpunca daripada lidah,mata dan perut. Jadi bagaimana untuk menghalangnya??Apakah tanda hati yang sakit??Bagaimana untuk mengubatnya???

Hati yang telah berjaya diubati pula disuburkan pula dengan sifat-sifat mahmudah seperti taubat,takut kepada Allah S.W.T,Zuhud ,Sabar,Syukur,Ikhlas,tawakkal,Berkasih sayang,reda dan selalu mengigati mati...

Kalau anda sudah melalui eksporasi hati ini, maka hidup anda akan lebih terarah,bermakna dan cemerlang!!! 
 

Adab dengan Ibu Bapa.........................

Tatasusila anak berhadapan dengan ibu bapa

SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.
Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga.

Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.

Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya:

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa

Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: �Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa.� (Surah an-Nisaa�, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.

2. Menghargai dan menghormati mereka

Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud: �Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil.� (Surah al-Isra�, ayat 24).

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa

Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.
Firman Allah: �Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya.� (Surah an-Nisaa�, ayat 23).

4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa

Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.
Allah berfirman yang bermaksud: �Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil.� (Surah al-Isra�, ayat 24).

5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa

Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.

6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim

Seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma� Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah
Aku berkata: �Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?�

Jawab Baginda: �Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya.� (Muttafaq Alaihi).

Adab berkawan....

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda.

Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyum Rasulullah menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan memejamkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya". Begitulah akhlak Rasullullah s.a.w.

Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula. "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali


Oleh itu, hisablah diri kita, adakah kita boleh bersikap seperti Rasulullah s.a.w. Insyallah.

Adab berjiran....

1. Hormatilah jiran tetangga dan berperilaku baiklah terhadap mereka.

Rasulullah S.a.w bersabda,“....Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaklah ia meng-hormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berperilaku baik terhadap tetangganya.” (Muttafaq ’alaih).

2. Janganlah bangunan anda mengganggu tetangga, agar mereka tidak tertutup dari sinar matahari atau udara, dan jangan melampaui batasannya, dengan merosak atau mengubah miliknya.

3. Peliharalah hak-hak mereka di saat mereka berpergian. Jaga harta dan kehormatan mereka dari tangan-tangan jahil, bantulah mereka yang membutuhkan, serta paling kan mata dari wanita mereka dan rahsiakan aib mereka.

4. Janganlah membikin kegaduhan yang mengganggu mereka, seperti suara TV, radio, dll, atau mengganggu mereka dengan melempari halaman mereka dengan kotoran, atau menutup jalan bagi mereka.

Rasulullah . bersabda, “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman!

Nabi . ditanya, “Siapa, wahai Rasulullah?

Nabi . menjawab, “iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” (Muttafaq ’alaih).

5. Janganlah pelit memberikan nasihat, ajaklah mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah yang mungkar dengan bijaksana (hikmah) dan nasihat baik dengan niat ikhlas.

6. Berikan makanan kepada tetangga, dahulukan yang paling terdekat.

Rasulullah n bersabda, “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyak-lah airnya dan berilah tetanggamu.” (HR. Muslim).

7. Bersukacitalah di dalam kebahagiaan mereka, berduka- citalah di dalam duka mereka; jenguklah mereka bila sakit, tanyakan apabila ia tidak ada, bersikap baiklah bila menjumpainya; undanglah untuk datang ke rumah. Hal-hal ini membuat hati mereka lunak, hormat, dan mulia.

8. Jangan mencari-cari kekeliruan mereka dan janganlah bergembira bila mereka keliru.

9. Sabarlah terhadap perilaku kurang baik mereka. Rasulullah n bersabda, “Ada tiga kelompok manusia yang dicintai Allah... –disebutkan di antaranya- Seseorang yang mempunyai tetangga, ia selalu disakiti (diganggu) oleh tetangganya, namun ia sabar atas gangguannya itu hingga keduanya dipisah oleh kematian atau keberangkatannya.” (HR. Ahmad dan dishahihkan oleh Al-Albani)

10. Ikhsahlah dalam membina kerjasama membangun, melestarikan dan mengembangkan kepentingan dan fasilitas umum. Jangan sampai berbuat yang menimbulkan kerosakannya. Seperti memperhatikan kebersihan di sekitar rumah. Senantiasa tolong menolong. Allah . berfirman,

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa.” (Al-Maidah: 2)

11. Mengajaklah kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, semampunya dengan memulai dari diri dan keluarga sendiri.( Luqman 31:17) Allah . berfirman,

“Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Luqman:17)

12. Mulailah dengan membina majlis ta’lim sampai mendirikan madrasah, ma’had mahupun perguruan tinggi (Al-Baqoroh:129-130, Ali Imron:95,164, An Nisa’ 4:125 Al-An’am 6:74-83, 159-165, Yunus10: 103-109, Al-Jumu’ah 62:4, Al-Alaq 96:1-5 )

Adab Bersama Guru......

1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.
10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.

Ada 4 jenis manusia dalam pergaulan

1. Jenis "makanan yang berkhasiat"
@ Mereka adalah para ulama yang membawa keuntungan yang besar.
@Sentiasa menyedarkan kita tentang keburukan dan mengajak,kepada kebaikan
@ Mentaati Allah dan rasul serta memahami segala perintah dan larangan

2. Jenis "Ubat"
@Mereka diperlukan untuk melancarkan urusan mata pencarian
@Terdiri daripada ahli perniagaan,dan para professional dalam urusan muamalat

3. Jenis " Penyakit"
@Mereka adalah orang yang tidak membawa keuntungan di dunia dan akhirat malah merugikan

4. Jenis "Racun"
@ Para ahli bidaah, Penghalang sunnah,penyeru kesesatan serta da'i-da'i kemaksiatan....

Adab dalam pergaulan

  • Elakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
  • Elakkan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti mengumpat dan menyakiti hati orang lain
  • Sentiasa saling hormat-menghormati antra satu sama lain.
  • Sentiasa memelihara maruah diri dan kehormatan diri seperti cra berpakaian,tingkah laku dan perkataan yang digunakan
  • Tidak membuang masa dengan berbual perkara yang tidak berfaedah
  • Elakkan bergaul dengan orang yang membuat jenayah
  • Jangan bergaul dalam perkara yang mengarah kepada kemaksiatan 
  • Elakkan diri daripada bergaul dalam majlis yang melibatkan kemaksiatan seperti majlis tari menari....      

Bab 1- Peranan Hati

Semua orang tahu bahawa hati adalah organ yang mengendalikan semua anggota tubuh kita.Melalui  hati ini, anggota tubuh yang lain akan mengambil teladan yang baik mengambil teladan yang baik sama ada dalam ketaatan mahupun dalam kemungkaran
Hati yang dijadikan Allah dalam tubuh manusia itu merupakan bahagian yang harus dipertanggungjawabkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti.Kita akan di soal bagaimana kita mengendali kan hati yang mempunyai fungsi yang sangat besar ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggunagn jawabnya."

REHAT MINDA.................
Jalan-jalan makan roti,
Makan roti atas titi;
Mari kawan bersihkan hati,
Agar hati takkan mati. 

 

Bab 2- Jenis-Jenis hati

Para ulama telah menyatakan,Alllah S.W.T  telah mengkategorikan hati kepada 3 jenis

1. Qalbun Sahih
Qalbun Sahih bermaksud hati yang suci.Apabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati itu bersih,sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah. S.W.T

2. Qalbun Mayyit
Qalbun Mayyit bererti,hati yang mati. Orang yang memiliki jenis hati ini tidak akan mengenal penciptanya.Mereka tidak mahu menyembah Allah. seta tidak akn dicintai Allah.Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah.

3. Qalbun Maridh
Hati ini adalah hati yang sakit,Golongan yang mempunyai jenis hati ini,masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit.Kadangkala mereka hidup sihat,tetapi ada ketikanya mereka kadangkala melebihkan duni,ikut nafsu ,tamak,dengki,takabbur,ujub dan riak.Kita perlu ingat, kita bukan sajaha perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran,kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan daripada sifat tercela ini.
 Hati yang sakit ini,asalnya mempunyai dua motivasi
@ Motivasi untuk  mengajak kepada Allah,Rasul serta mencari kebahagiaan abadi di akhirat
@ Motivasi untuk menuju kepada kehidupan dan kebahagiaan di dunia yang sifatnya hanya sementara

Beza hati Mukmin dan Hati  kafir
Sayidina Ali berpesan: 
" Hati seseorang mukmin itu bersih,terdapat pada pelita yang bercahaya.Manakala hati sesorang kafir itu hitam seta berpenyakit"


KUTANYA HATI
Ku tanya hati 
Kutepuk dada sendiri
Manakah hala perjalananku ini?
Terasa sengsi masih kubelum mengerti
Adakah aku dilanda  laluan pasti?


Bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan
Adakah berita yang suci dari sempadan?
Berikan petunjuk hidayah dan pesanan
Bawakan doaku terus ke tahta pengangkutan


Berbalas pandangan mataku dengan sang bulan
Bagaikan bicara 
Mengharapkan pengertian 
Moga disusun bintang yang beselerakan 
Menjadi landasan laluan perjalanan


Ku tanya hati
Apakah bisa aku dikhianati 
Dengan kata hati yang tidak pasti
Atau akukah yang tidak mengerti
Betapa berharganya hati yang suci


Subhanallah...............................
Indahnya hati pemberian Allah 
Akan kujaga biarpun payah 
Akan kuhias dengan sifat mahmudah
akan kusingkir sifat mazmumah.
  


 
  

Bab 3- Racun Hati

Namanya pun racun,mendengar perkataannya kita pun sudah membayangkan bahawa ianya adalah suatu yang boleh menyakitkan,menyeksakan dan jika dibiarkan racun boleh membunih.Hati juga punya racun yang boleh membunhnya.Tetapi bezanya racun hati jarang kita sedari kerana ianya telah sebati berlaku di persekitaran kita.

Racun hati boleh disebabkan oleh tiga penyebab utama iaitu lidah, mata dan perut.Jika tiga penyebab ini tidak dijaga,maka rosaklah hati.

Racun yang berpunca dari lidah....
  Betapa bahayanya lidah jika tidak kita jaga dengan baik kerana ia merupakan aggota dalam tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati.Kita hendaklah mengawal lidah daripada berbicara tentang hal orang lain iaitu mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia...

Daripada Anas bin Malik  r.a.,Rasulluah S.A.W bersabda:
" Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akn lurus hatinya sehingga lurus lidahnya."

Betapa bahayanya lidah jika tidak kita jaga dengan baik kerana ia merupakan anggota dalam tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati...


Menjaga Lidah
Jagalah lidahmu kawann! Agar ia tidak menyegatmu,kerana lidah tidak ubanya seperti ular berbisa.Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya...
(Imam al-Syafi'i)


Sayidina Umar al-khattab r.a pernah berkata:
"Barang siapa banyak berbicara maka banyak kesalahannya.Oarang yang banyak salahnya bererti banyklah dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka..


MENGADU DOMBA
Sabda Rasulluah S.A.W yang bermaksud 
"Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
  
Maksud mengadu domba....
Mengadu domba ialah mengenai keburuka orang lain serta suka menambah cerita mengenai keburukan orang lain.


Mengumpat
  • Membicarakan aib orang lain sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya sedang diumpat
  • Bertujuan untuk merosakkan nama baaik dan menjatuhkaan maruah orang lain pada pandangan umum
  • Menjurumus kepada fitnah yang membawa dosa yang lebih besar Firman Allah S.W.T yang bermaksud: " Fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan". ( Surah al-Baqarah:191)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Memfitnah  ( apa itu memfitnah?)
  • Fitnah adalah cubaan untuk mengagngu,menghasut dan mengacau ketenteraman orang lain melalui perkataan.Ianya dilakukan dengan tujuan jahat untuk membuatkan orang lain diftnah itu menderita,berpecah belah ban sengsara.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
Punca Perbuatan Fitnah
  • Fitnah boleh terjadi apabila wujud perassan dendam dan iri hati serta dengki dengan kejayaan orang lain 
  • Orang yang suka memfitnah tidak mempunyai pegangan iman yang mantap.Tidak takut kepada ancaman dan seksaan Allah S.W.T
  • Orang yang suka memfitnah juga mempunyai jiwa yang rosak
  • Wujud dalam dirinya sikap tamak dan haloba yang sukar untuk dikikis
  • Melakukan sesuatu dengan hati yang tidak ikhlas.Mereka suka melihat orang lain menderita dan sengsara.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Cara untuk Menjauhkan diri daripada  fitnah               
  • Tidak berkawan dengan orang yang rosak akhlak dan jiwanya
  • Memantapkan diri dengan sifat yang terpuji dan teguhkan keimanan kepada allah S.W.T 
  • Menanam rasa benci untuk melakukan fitnah
  • Biasakan diri untuk menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara yang diterima sebelum mempercayainya
  • Sentiasa rasa kasih, simpati dan bertimbang rasa terhadap sesama manusia
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya fitnah                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           SEJARAH FITNAH 
  • Keluarga Rasulluah S.A.W telah difitnah,dimana Abdullah bin Abi memfitnah Sayidina Aisyah r.ha. dengan mengatakan wanita ini curang dengan Safwan bin al-Mu'tal al-Salami.Keluarga Rasulluah menjadi huru-hara sehingga Allah menurunkan wahyu menafikan tuduhan itu
  • Fitnah yang dilakukan oleh iblis kepada Nabi Adam a.s dan Hawa di syurga untuk memakan buah khuldi sehingga keduanya disingkirkan daripada syurga.
  • Nabi Yusuf  a.s pernah difitnah oleh ibu angkatnya sendiri sehingga beliau dipenjarakan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Bab 4- Tanda hati sakit

Realiti kehidupan pada hari ini memaksa manusia untuk berlumba-lumba dalam mencapai tujuan hidup masing-masing.Malangnya,dalam kesibukan ini,masih ada yang terlupa untuk menjaga sekeping hati yang kecil tetapi besar peranannya dalam kehidupan manusia.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud.
" Barang siapa mengerjakan amal yang soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan yang beriman maka sesungguhnya kami akan diberikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan balasi mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan,"
(Surah al-Nahl:97)

TANDA HATI SAKIT
Hati boleh menjadi sakit apabila ia dijangkiti kuman penyait hati yang terdiri daripada sifat-sifat mazmumah.Kuman tersebut akan menjadi racun yang akan merosakkan hati  Boleh kita kenalpasti melalui akhlak atau tingkah lakunya.Antara tanda orang hatinya dihinggapi penyakit ialah.

  • Sifat marah
Jangan marah
Diriwayatkan ada seseorang yang telah mengunjungi Rasulullah S.A.W sambil memohon supaya baginda mewasiatkan satu wasiat yang pendek dan sedikit sahaja.Maka baginda bersabda kepadanya" Jangan marah!" Diulangi permintaannya maka baginda sekali bersabda:" Jangan marah!"

Tingkatan manusia ketika marah
  • Ketiadaan sifat marah: Orang yang tidak pemarah
  • Keterlampauan sifat marah: Baersiap panas baran dan jika terlalu marah, pertimbangan akal dan kewarasannya hilang.
  • Pertengahan diantara marah dan tidak marah: Jika marah masih mengikut pertimbangan akal.Jarang mempamerkan  kemarahan kecuali pada perkara yang perlu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
   Bagaimana Mengubati Sifat marah
  • Cuba ingatkan kembali segala anjuran-anjuran syariat dalam keutamaan dan kelebihan menahan sifat marah
  • Mengigati segala ancaman Allah S.W.T dan segala seksaan-nya
  • Ingat akan akibat permusuhan dan membalas dendam 
  • Gambarkan....betapa buruknya rupa anda kelak apabila anda marah
  • Fikirkan apa sebabnya
  • Fikirkan perasaan orang lain.
RIYAK

Bentuk-bentuk riak:
  • Riak dalam beribadat
  • Riak dalam kegiatan harian
  • Riak dalam memberi sumbangan atau derma 
  • Riak dalam pemakaian 
  • Riak dalam pertuturan
HASAD DENGKI

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali ' Imran ayat 120 yang bermaksud
"Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan,maka hal itu tidak menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan,maka mereka pun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut."

SOMBONG

Ulama berpendapat ada 3 jenis sifat sombong:
  • Sombong kepada allah S.W.T- tidak mahu beriman kepada allah dan memperolokkan segala suruhan
  • Sombong kepada rasulnya-sifat ini adalah sifat orang Quraisy yang mengejek nabi Muhammad dengan mengatakan baginda anak yatim,tidak berharta dan tidak layak menjadi pemimpin
  • Sombong sesama manusia-Merasakan dirinya lebih baik dan hebat daripada orang lain.Dia juga bangga dengan keturunannya dan suka dirinya dipuji serta disanjung.                                                                                                                                                                                                                                    

Bab 5- Tip mengubat hati

Hati yang sakit tidak boleh dibiarkan.Jika tidak diubati maka ia akan bertambah kronik.Jika hal ini dibiarkan belarutan maka sudah pasti ia akan membawa kepada kebinasaan.Hati yang binasa mengakibatkan tuannya juga akan binasa.Untuk mengubat hati perlu kepada ubat atau kaedah tertentu.Berikut adalah beberapa tip bagaimana mengubat hati yang sakit.

TIP MENGUBAT HATI YANG SAKIT.
TIP 1 : Sentiasa berbaik sangka
Ini lebih memfokuskan kepada berbaik sangka antara suami isteri,kawan-kawan ,majikan,kaum keluarga dan sesama manusia.Dalam kehidupan berumah tangga,berbaik sangka merupakan kunci kepada kebahagiaan dan kedamaian.
Ianya juga adalah cara untuk mengeratkan perpaduan sesama umat manusia amnya dan umat islam khususnya.sebagai contoh ,Seorang isteri hendaklah berbaik sangka dengan suaminya  jika suami itu pulang lewat dari pejabat dengan mengangap suami itu keluar rumah untuk mencari rezeki.

TIP 2 : Buang segala Hasad dengki
Masyarakat melayu cenderung untuk sentiasa  berhasad dengki,dan busuk hati dengan orang lain.Sebagai contoh,seseorang yang berhasad dengki akan merasa susah hati melihat kesenangan dan kejayaan yang dimiliki orang lain.

FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD
" Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan, maka hal itu tidak menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan,maka mereka pun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut,

Sepatutunya,sifat ini harus dibuang daripada diri seseorang itu kerana ianya akan membawa kepada kebinasaan kepada individu itu sendiri.Sewajarnya,kita harus memasukkan segala sifat  mahmudah dalam hati  kita dan membuang segala sifat yang tidak baik atau sifat mazmumah.Sering berlaku sesetengah orang islam,merasa iri hati dengan saudaranya sendiri sehingga sanggup berbunuhan antara satu sama lain. Sebagai contoh ,kisah pembunuhan yang pertama didunia iaitu antara Habil dan Qabil kerana perasaan iri hati.

Seorang tokoh sufi, Abu Lais al-Samarkhandi pernah berkata,ada 3jenis manusia yang doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah iaitu:
  • Golongan yang pertama, ialah orang yang memakan makanan yang haram 
  • Golongan yang kedua , ialah orang yang banyak memburukkan orang lain
  • Golongan yang ketiga , ialah orang yang dalam hatinya ada rasa dengki sesama umat islam                                                                                                    
  •  3 CIRI HASAD DENGKI
  • Jika berhadapan menjilat( bermuka-muka)
  • Jika di belakang mengumpat
  • Senag hati bila orang lain mendapat kecelakaan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Ada 2 cara untuk menghilangkan kesombongan
  • Menghilangkan sifat sombong dari dalam hati
  • Menolak punca yang menyebabkan sifat sombong                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Ada 7 sebab kenapa manusia jadi sombong
  • Keterunan
  • Kekuatan dan kekuasaan 
  • Kecantikan
  • Kekayaan dan banyak aset
  • Tinggi ilmu
  • Warak dan kuat ibadah
  • Ramai pengikut atau kuat pengaruh

Bab 6- Tip menghidupkan hati

Hati yang sakit akan mati jika tidak diubati.Ilmu tasawuf adalah salah satu cara bagi orang mukmin untuk mengetahui cara mengubat hati.Ilmu tasawuf ialah ilu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin untuk mengetahui kedudukan hatinya.Jika hatinya dipenuhi dengan sifat-sifat keji dan tercela maka hati tersebut seudah berpenyakit.Orang yang hatinya berpenyakit amat mudah tergelincir daripada landasan syariat,

Ilmu itu bertujuaan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada dalam landasan syariat islam.Hati yang sakit natijahnya daripada nafsu dan akal ang tidak taat dan tunduk kepada syariat islam.Jika penyakit ini tidak diubati maka ia boleh menyebabkan hati mati.Ketika itu bukan sekadar tidak taat dan tunduk kepada syariat islam tetapi menolak dan mencabar segala ketetapan Allah S.W.T.

TANDA HATI MATI....

Menolak kebenaran
Hati yang mati boleh dilihat apabila seseorang itu menolak kebenaran.Dia  tidak akan mempercayai tentang agama dan kewujudan Allah sebagai Maha pencipta.Orang seperi ini,hatinya lebih keras daripada batu dan tidak merasai apa-apa jika melakukan kezaliman dan kemaksiatan.

Tidak menyembah Allah
Selain daripada itu,orang yang mati hatinya tidak mahu menyembah Allah lebih mempercayai sesuati selain allah.Dia juga tidak mahu melakukan ibadah kerana baginya itu hanya sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan faedah.

Mempersendakan hukum
 Disamping itu, orang yang mati hatinya sentiasa mempersendakan hukum serta tidak mahu beriman kepada Allah, rasul,malaikat ,kitab,hari kiamat serta qada' dan qadar.

Seronok melakukan kemungkaran
Hati yang mati akan merasa seronok melakukan kemungkaran.Lihat sahaja dunia pada hari ini, banyak orang yang telah mati hatinya.Peperangan dan pembunuhan serta kekejaman yang berlaku seolah-olah membuktikan manusia tidak punya hati lagi.

Seronok melihat orang menderita
 Orang yang memiliki hati yang mati rasa seronok melihat orang yang terinaiya dan menderita.Mereka  tidak mempunyai rasa belas kasihan dan simpati walaupun sedikit asalkan hati mereka puas dan seronok.Contohnya, kejadian  bunuh yang kian menjadi-jadi di negara pada ketika ini dan peperangan yang berlaku di Lubnan pada masa kini.Sesuatu yang menyedihkan adalah anak-anak yang masih kecil menjadi korban yang terbanyak dalam peristiwa menyayat hati ini.

Tidak percaya akhirat.
Lebih menyedihkan lagi orang yang mati hati sudah tidak mempercayai lagi kewujudan hari akhirat sebagai hari pembalasan untuk manusi di muka bumi ini.Dia lebih seronok  untuk menjadikan kehidupan ini lebih wadah untuk berseronok dan sanggup mengangap dirinya paling berkuasa di muka bumi ini..

Tidak percaya syurga dan neraka
Hati yang mati juga akn menjadikan manusia sudah tidak mengakui kewujudan syurga dan neraka sebagai tempat pembalasan untuk segala kejahatan dan kebaikan.Baginya,jika dia berbuat baik dengan orang akan memuji setinggi langit dan jika dia berbuat jahat,hatinya akan puas.

Tip menghidupkan hati.
TAUBAT
Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dan beberapa syarat yang tertentu.Dengan sifat Allah yang Maha pengampun dan Maha penyayang,kita sebagai hamba diberi peluang untuk bertaubat setelah melakukan dosa.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Dan mohonlah ampun kepada Allah,Sesungguhnya ia maha pengampun lagi mengasihani."
(surah al-Muzammil: 20)

Taubat yang dilakukan haruslah bersyarat bagi memastikan pelaku dosa itu tidak mengulangi kembali kesalahannya.


SYARAT-SYARAT TAUBAT
  • Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukannya 
  • Menyesal atas segala maksiat yang telah dilakukannya
  • Bercita-cita tidak akan mengulangi lagi.
  • Mengembalikan hak-hak makhluk yang telah dizalimi 
  • Mengerjakan perkara-perkara fardu yang telah ditanggalkan selama melakukan dosa                    
 
  HIKMAH TAUBAT
  • Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Meningkatkan ketakwaan diri
  • Membanteras tipu daya syaitan ysng selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosadan maksiat
  • Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T dalam hidup di dunia dan akhirat
  • Hubungan yang baik sesama manusia dapat dibekalkan 
  • Membersihkan kekotoran hati 
RINTIHAN TAUBAT
"Ya Allah,janganlah engkau sesatkan kami setelah engkau tunjuki,dan berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-mu.Sesungguhnya Engkau maha banyak memberi pemberian."

HINDARI STRESS 
  • Banyak membaca al-Quraan 
  • Banyak bersenam
  • Kawal pemakanan
  • Rajinkan diri melihat ikan di akuarium
  • menangis dapat menghindari stress
  • Bercerita dan mendengar cerita
  • Mandi air suam
  • Cerita masaalah kepada orang lain yang boleh dipercayai
  • Peluk bayi
  • Amalkan teknik urutan


KATA HIKMAH
Orang yang reda dalam menerima segala hukum allah adalah orang yang teguh imannya.Dia juga  seorang yang bertakwa dan patuh kepada Allah.Ini adalah kerana diamenerima segala yang diturunkan Allah dengan senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Bab 7-Menjaga hati....

Kehidupan pada hari ini menuntut kita untuk bercampur dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.Sudah tentunya apabila wujud pergaulan sesama manusia pasti ianya juga melibatkan pelbagai soal hati.Apabila timbul pelbagai soal hati maka wujudlah penyakit hati seperti hasad dengko, ego, ujub, dan sebagainya.
Tidak semua kehendak hati manusia dapat penuhi secara keseluruhannya kerana manusia mempunyai batasannya sebagai hamba Allah.Mereka tidak terlepas daripada pelbagai kelemahan dan kepincangan hati.Hati manusia juga tidak serupa walaupun bentuknya sama tetapi kehendaknya tidak serupa.Bak kata pepatah,"rambut sama hitam,hati lain-lain".

Bagi mengubat dan menghidupkan hati,kita hendaklah menjauhkan hati daripada segala racun-racun hati yang boleh merosakkan dan membuuh secara senyap-senyap tanpa disedari.Oleh itu , kita hendaklah sentiasa menjaga lidah apabila berkata-kata kerana lidah itu lebih tajam daripada pedang.Begitu juga  halnya dengan menjaga perut yang menjadi punca segala penyakit.Mata juga hendaklah dijaga daripada memandang apa yang tidak sepatutnya dilihat  dan yang akhirnya menjaga kemaluan daripada segala keburukan serta pertahankanlah maruah diri sebagai Mukmin yang sejati.

Iman yang kuat dapat menjadi benteng kepada segala hasutan syaitan dan bisikan hawa nafsu.Jangan biarkan nafsu dan kata hati menguasai diri kita sebaliknya gunakanlah pertimbangan akal dan iman yang sejati dalam menentukan setiap perkara.Contohilah akhlak dan keperibadian Rasulullah S.A.W telah menjanjikan padanya syurga.

KUNCI MENJAGA HATI.

1.  Menjaga perut
  • Sabda Rasulullah S.A.W: " Makanlah apabila lapar, berhenti sebelum kenyang."
  • Banyak berpuasa sunat
  • Makan makanan yang halal sahaja
  • Makan makanan yang berkualiti
  • Banyakkan minum air kosong
2.  Menjaga mata
  • Gunakan mata untuk melihat kebesaran Allah dan kemudahan harian seperti mencari jalan dan sebagainya
  • Elakkan melihat yang haram
  • Jaga kesihatan mata
  • Banyakkan membaca Al-Quraan
  • Memakai celak
3.  Menjaga kemaluan
  • Segera berkahwin
  • Menjalin hubungan itim suami isteri 
  • Elakkan tempat maksiat
  • Elakkan pergaulan dengan yang bukan mahram
  • Menjaga kesihatan dan kebersihan kemaluan
  • Bercita-cita untuk mempunyai anak yang ramai
4.  Menjaga lidah
  • Gunakan lidah untuk berdakwah
  • Jangan sakitkan hati kawan dan jiran
  • Selalu bertasbih kepada Allah S.W.T 
  • Selalu membaca Al-Quraan
  • Elakkan mengumpat.memfitnah,dan mencaci
  • Menjaga kebersihan dan kesihatan mulut,gusi dan gigi