I made this widget at MyFlashFetish.com.

Asal - usul kaum Bani Israel

Kaum bani Israel adalah kaum yang angkuh dan sombong.Bukan sedikit menikmat kurniaan yang telah diberikan Allah SWT terhadap mereka.Contohnya mereka telah dibebaskan daripada cengkaman kezaliman yang menindas dan memperhambakan mereka selama berabad-abad lamanya.
Mereka juga telah diperlihatkan tentang kekuasaan Allah Yang Maha Besar yang telah memusnahkan Firaun dan tenteranya dengan ditenggelamkan mereka semua didalam laut.Malah ketika mereka berada di tengah-tengah padang Pasir yang kering dan tandus,Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Pemurah telah memancarkan air dari sebuah batu dan menurunkan hidangan yang lazat iaitu manna dan salwa untuk santapan mereka.
Disamping itu, Allah SWT  juga telah mengutus beberapa orang nabi dan rasul dari kalangan mereka sendiri untuk membimbing mereka ke jalan yang benar.Namun segala nikmat dan pemberian itu sedikit pun tidak mengubah sikap mereka yang keras kepala dan tidak mengenal erti syukur,suka berdalih dan membantah setiap suruhan dan perinta Allah SWT.
Perkara yang sama juga telah berlaku tatkala Allah SWT memerintahkan Nabi Musa supaya memimpin kaumnya pergi berhijrah ke Palestin,tempat suci yang telah dijanjikan Allah kepada Nabi Ibrahim untuk dijadikan tempat tinggal anak cucunya. Mereka juga telah membantah dan enggan melaksanakan perintah tersebut.Alasan mereka adalah mereka kerana tidak mahu berdepan kaum Kan' aan iaitu kaum yang pada anggapan mereka merupakan orang-orang yang gagah perkasa.Mustahil untuk dikalahkan dan diusir oleh mereka.Walhal mereka sebenarnya tidak yakin dan percaya dengan janji Allah melalui Nabi Musa AS bahawa dengan pertolongan Allah SWT mereka dapat mengusir kaum Kan'aan iaitu dari kota Ariha untuk membolehkan tempat itu dijadikan sebagai permukiman mereka untuk selama-lamanya.
Mereka berkata kepada Nabi Musa,"Hai Musa,kami tidak akan memasuki Ariha sebelum orang-orang Kan'aan itu keluar.Kami tidak berdaya menghadapi mereka dengan kekuatan fizikal kerana mereka terkenal sebagai orang-orang yang kuat dan perkasa.Pergilah engkau berserta Tuhan-Mu itu memerangi dan mengusir orang-orang suku Kan'aan dan tinggalkan kami disini untuk menanti dan melihat hasil perjuanganmu"