I made this widget at MyFlashFetish.com.

Aurat Muslimat di akhir Zaman...

Memandangkan islam adalah satu agama yang indah dan cantik, mendamaikankan setiap jiwa yang menganutnya dengan nama muslim dan muslimah, maka sudah tentulah pemakaian yang disyariatkan oleh allah untuk hambanya yang beragama islam sangat indah dan cantik, tenang mata bila memandang dengan pakaian yang sopan. Tetapi malangnya segelintir umat ialam tidak mengambil berat soal penutupan aurat dengan beranggapan perkara ini kecil, selain itu terpengaruh dengan kebaratan secara tdak langsung boleh dikatakan terdapat sebilangan jiwa umat munusia yang beragama islam telah dijajah dengan cara pakaian ala eropah dan kebaratan yang mana beranggapan itulah cara untuk mencapai kemodenan dan kemajuan.

Kewajipan menutup aurat adalah tuntutan allah yang dawajibkan untuk melindungi anggota badan yang dilarang untuk didedahkan, manakala hati merupakan tempat untuk berniat sama hendak memakai seperti yang disuruh atau sebaliknya, bagi hati yang baik akan akan menerima secara ikhlas dan terbuka. Sebaliknya hati yang busuk menandakan tidak baik.

PENGERTIAN AURAT

Aurat berasal dari kalimah arab ARIYA yang bermaksud sesuatu yang diminta supaya ditutup, manakala AURA pula ialah sesuatu yang terdedah tiada tutupnya oleh Ibnu Manzur, 1979:3164.

Pendapat kedua menyatakan aurat dari kalimah AURA atau AWARA bererti telanjang iaitu aib atau memalukan kerana keadaannya buruk dan tidak sopan (Muhammad bin Abu Bakar 1987M/1407H:249).

Ada juga yang mengatakan bahawa kalimah aurat menunjukkan sesuatu yang hodoh sekira diedahkan. Andainya ternampak hendaklah tunduk serta mengubah pandangan ke arah lain kerana jijik mata memandang dan buruk akibatnya (Ahmad bin Muhammad bin Ali al-Fayumi: 437).

Pengertian aurat pada syarak bermakna anggota yang di haramkan oleh allah untuk didedahkan atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang halal kahwin dengannya.

Tujuan utama disuruh menundukkan pandangan supaya tidak menimbulkan fitnah di kalangan orang lain. Pengertian aurat dari istilah syarak bermakna setiap anggota yang diharamkan oleh allah untuk didedahkan atau dibuka dihadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang halal dinikahi dengannya.

Allah mengharamkan demikian kerana pendedahan aurat dihadapan orang yang bukan mahram kerana akan mencacatkan sifat dan darjat kemanusiaan yang mulia. Pendedahan aurat boleh membawa kepada cirri-ciri kerosakan akhlak dalam masyarakat tanpa disedari oleh sesiapa.

Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya menutup aurat kepada semua ahli keluarga yang berpakaian tidak menutup aurat, maka rumah itu dianggap tidak baik seperti subdanya:

Seburuk-buruk rumah bagaikan bilik mandi, dimana ahlinya bercakap meninggi suara dan aurat-aurat terdedah di dalamnya”

Hadis ini menegaskan keadaan rumah dibayangkan buruk keperibadian penghuninya bersikap tidak sopan dalam kehidupan bersama keluarga yang tidak menutup aurat boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti sumbang mahram dan sebagainya.

MENGAPA ISLAM MEMENTINGKAN TUTUP AURAT ?

Aurat wajib ditutup dan haram didedahkan bagi setiap orang dewasa lelaki dan wanita, kerana memdedahkan aurat membawa kepada fitnah dan boleh menghampiri kepada zina. Islam memerangi kejahilan dalam kehidupan seharian kerana jahil seringkali membawa manusia mengikut hawa nafsu. Justuru itu allah memcipta manusia dan di lengkapkan dengan akal yang diletakkan diatas kepala tempat teratas pada jasad manusia sebagai lambang sebaik-baik kejadian.

KETIKA MANA HUKUM MENUTUP AURAT DIWAJIBKAN

Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Manakala aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke paras lutut. Aurat wajib ditutup kerana hukumnya adalah haram jika didedahkan mana-mana bahagian anggota badan kerana keburukan sering terjadi akibat daripada membuka aurat. Kerana pihak lawan terdiri daripada kaum lelaki lebih-lebih lagi remaja yang tidak dapat mengawal nafsu apabila melihat kulit yang cantik dan halus, lebih-lebih lagi gadis-gadis muda remaja apabila mendedahkan aurat.

Lantaran itu, islam sangat mengambil berat dan mengawasi soal aurat. Walaupun di dunia ini tidak ada undang-undang yang mengambil tindakan keras terhadap aurat, hanya peraturan yang menghadkan pendedahannya sahaja di atas dasar berhati-hati supaya tidak keterlaluan membuka.

Aurat wajib ditutup sepenuhnya ketika berada diluar rumah kerana mendedahkan mana-mana anggota adalah berdosa besar membawa kepada fitnah serta kecelakaan. Sebab itu dilarang membukan aurat dikhalayak ramai sama ada diluar atau didalam rumah kecuali bersama mahrannya sahaja seperti ayahnya, saudara seibu sebapa rinkasnya mereka yang tidak membatalkan air solat dan haram kahwin dengannya.

Anggota yang boleh dibuka ketika ini ialah kadar yang tidak keterlaluan seperti kepala, pergelangan tangan atau menampakkan perhiasan seperti subang, atau diistilahkan aurat kerja yang biasa dilakukan di rumah, atau ketika bekerja beramai-ramai bersama golongan wanita. Wanita itu adalah aurat yang wajib ditutup sepanjang masa, kecuali ketika berada di dalam bilik mandi atau bersama suaminya.

HUKUM MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS DAN KETAT

Syariat melarang pakai pakaian yang nipis atau jarang serta ketat menampakkan bentuk badan dan warna kulit. Hukumnya sama seperti tidak berpakaian pada pandangan syariat dan hukum islam kerana seseorang itu sama ada lelaki atau wanita dianggap masih tidak berpakaian iaitu tetap membuka aurat berdasarkan sabda Rasullah s.a.w: ”akan datang umatku diakhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, diatas kepala mereka berbonggol-bongol seperti belakang unta. Mereka ini da laknat oleh allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. Dan sesungguhnya wangian syurga itu didapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan.

Yang di maksudkan oleh Rasullah ”berpakaian dalam telanjang” ialah perempuan yang memakai pakaian yang nipis atau ketat menampakkan bayangan warna kulit atau bentuk badan, maka mereka itu samalah dengan tidak berpakaian dan tidak menutup aurat. Bahkan boleh dikatakan berpakaian sahaja, pada hakikat sebenarnya adalah telanjang. Mengikut imam syafie, menutup aurat dari pandangan mata adalah wajib. Begitulah ciri-ciri yang membawa kepada erti tidak tutup aurat seperti seluar serta baju yang ketat menampakkan bentuk badan atau bayangan warna kulit seperti baju jarang. Semua ini tidak boleh dipakai mengikut syariat islam.

Hukum memakai pakaian yang ketat, jarang serta pendek mendedahkan kulit adalah haram dan dosa besar kerana sengaja menzahirkan bentuk badan serta mendedahkan aurat yang sememangnya wajid ditutup. Disamping itu menampakkan gerak-geri serta lenggang-lenggok melalui susuk badan sewaktu berjalan yang boleh menarik perhatian mata memandang, menaikkan rasa keinginan dan nafsu syahwat dipihak kaum lelaki. Di samping itu wanita itu menempah fitnah ke atas dirinya sendiri.

HUBUNGAN AURAT DENGAN MARUAH

Maruah adalah satu nilaian yang sangat tinggi bagi seseorang. Andai maruahnya tercalar, seluruh ahli keluag dan orang yang bertanggungjawab terhadapnya turut terasa. Begitulah penting dan tingginya nilai maruah terhadap kedudukan harga diri seseorang. Sebab itulah Rasullah menekankan terhadap masalah tersebut sepertimana terdapat satu kisah di dalam sejarah yang terjadi di antara Rasullah dengan orang gajinya sepertimana yang ditegaskan melalui hadis ini: ”bahawa Rasullah telah keluar, tiba-tiba dia dapati orang gajinya sedang mandi telanjang, maka kata Rasullah: aku tidak menampakkan kamu merasai malu terhadap tuhanmu, ambillah wang upahan kamu dan kami tidak lagi berhajat denganmu. ”

Pengajaran dari hadis ini menunjukkan sama ada lelaki atau wanita, wajib menjaga dan menangani soal aurat atau pendedahan tubuh badan. Andai terjadi seperti orang gaji Rasullah menjerumus ke arah tidak berakhlak. Sebab itu Rasullah membuang kerja terhadapnya dengan membayar gajinya, mudah-mudahan dengan demikian dapat menginsafkan dirinya dari kesalahan yang di lakukan bagi menebus maruahnya serta bertaubat kepada allah.

Begitu juga wanita sekiranya gemar ke arah mempamerkan perhiasan badan seperti memakai pakaian yang menjolok mata serta ketat menampakkan bentuk badan, maka ia bukan wanita solehah. Andai isteri bukan isteri yang solehah. Dan juga bukan sebagai ibu yang boleh memberi kesan didikan yang baik kepada anak-anak kerana tabiatnya mengutamakan kecantikan luaran sahaja, tetapi memusnahkan harga dan kemuliaan diri serta maruahnya.

MENJAGA PAKAIAN SATU KEWAJIPAN DAN TUNTUTAN

Menjaga pakaian adalah sebahagian dari kewajipan wanita bagi menjaga kehormatan dirinya menutup aurat ketika menghadap allah ataupun ketika berdepan dengan orang tidak berhak melihat auratnya. Setiap wanita yang beriman wajib menutup aurat didalam solat dan didalam kehidupan seharian. Ini adalah untuk mengelak dirinyn dari godaan syaitan. Manakala dikhalayak ramai atau sebaliknya wanita disuruh munutup aurat kecuali perhiasan yang lahir sahaja kerana pendedahan aurat kepada orang yang tidak layak ini boleh memcacatkan sifat dan darjat kemunusaian yang mulia, serta tidak ada sopan santun dalam pergaulan. Oleh itu, didalam al-quran terdapat beberaps ayat menerangkan tentang pemakaian hijab untuk wanita. Firman allah taala:

Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Berdasarkan demikian kaum wanita juga di suruh menundukkan pandangan supaya tidak menampakkan personaliti yang liar seperti wanita-wanita fasik yang tidak beriman serta mempamerkan harga diri yang murah dan rendah pada pandangan masyarakat umum.

CIRI-CIRI PAKAIAN DAN PERHIASAN YANG SESUAI MEGIKUT SYARIAT

1. MENUTUP SELURUH ANGGOTA

yariat islam telah menetapkan aurat wanita adalah seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan. Manakala bagi lelaki pula ialah dari pusat hingga ke paras lutut. Manakala fesyennya terserah kepada sendiri bagi memilihnya mengikut adat kebiasaannya dan iklim di negara masing-masing. Seperti di negara kita biasanya berbaju kurung, baju melayu, baju kebaya dan lain-lain ianya tidak mencacatkan fesyen sekiranya di longgarkan, tidak menampakkan bentuk badan.

Apabila diperkatakan pakaian wanita menutup selurah badan maka termasuklah tudung kepala seperti mana yang disyariatkan oleh allah di dalam al-quran;
”Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Berdasarkan ayat di atas tudung kepala merupakan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap wanita yang beriman kepada allah dan Rasullah tanpa menampakkan seurat rambut pun. Namun demikian seringkali wanita menyalahgunakan tudung dan dijadikan sebagai fesyen, kadang kala tudung di pakai tidak lengkap seperti menampakkan sebahagian rambut. Ada juga hanya menyangkut di bahu ke pinggang bertujuan hendak bergaya supaya kelihatan cantik. Gaya terkini didapati tudung dikenakan dengan seluar jean dan baju T-shirt yang ketat tetapi dipakai tudung dirasakan lengkap.

2. LONGGAR DAN TIDAK JARANG

Pakaian yang dianjurkan oleh islam adalah longgar dan tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit ataupun nampak bentuk badan. Manakala bagi yang gemuk pula pakaian ketat ini menampakkan tonjolan tubuhnya bergoyang-goyang ketika berjalan. Hal ini bukanlah untuk mengenakan sesiapahanya sebagai peringatan dalam memilih pakaian untuk mengelakkan dai gejakla fitnah yang tidak diingini serta menbawa kepada kecelakaan. Kerana pakaian tidak dikatakan sempurna kecuali yang lenggar dan tebal bagi menjamin perlindungan anggota supaya tidak menampakkan warna kulit dan bentuk badan. Namun demikian, apa yang mendukacitakan adalah sebaliknya menjadi pilihan dikalangan remaja ini. Mereka sangat gemar menunjukkan gaya alunan badan tidak kira bagaimana bentuk badan mereka gemuk atau kurus.


Bentuk badan apabila dikenakan dengan pakaian nipis ataupun ketat nilaiannya sangat rendah dan jelek bagaikan wanita murahan menonjolkan badan yang keterlaluan untuk di tayang dikhalayak ramai. Inilah gambaran penampilan berpakaian masa kini. Jenis-jenis pakaian yang menilaikan kesopanan tidak menjadi pilihan dan hanya dipakai hanya dihari-hari perayaan untuk ke masjid atau majlis kematian atau majlis keagamaan sahaja, tetapi apabila ditempat lain hanya pakaian yang menjolok mata sahaja.

3. TIDAK MENYERUPAI JANTINA LAIN

Kejadian manusia lelaki dan wanita sejak adam dan hawa lagi adalah berlainan, dimana fizikal wanita berlainan dari lelaki. Wanita didapati tabiatnya lemah-lembut, suara merdu, berkulit halus, berwajah ayu maka pakaiannya juga wajid menunjukkan ciri-ciri kewanitaan yang mulia. Islam mengharamkan wanita menyerupai lelaki dan juga sebaliknya. Malangnya hari ini didapati keterampilan wanita dan lelaki tudak dapat dibezakan dengan sekali pandang kerana fesyen rambut, cara berpakaian, gaya berjalan tidak boleh dibezakan lelaki dan wanita.

Sekalipun wanita mesti berpakaian kemas dan rapi, tidak semestinya ke tahap menyerupai lelaki begitu juga sebaliknya sehingga meragui setiap orang melihatnya. Namun begitu, dalam masyarakat kita hari ini sudah berleluasa berpakaian begitu, anak-anak gadis memakai pakaian dengan gaya seluar ketat berbaju T-shirt, berambut pendek seperti menyerupai lelaki ketika keluar dari rumah. Sedangkan perbuatan seperti ini dilaknat oleh allah dan Rasullah.