I made this widget at MyFlashFetish.com.

Bab 7-Menjaga hati....

Kehidupan pada hari ini menuntut kita untuk bercampur dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.Sudah tentunya apabila wujud pergaulan sesama manusia pasti ianya juga melibatkan pelbagai soal hati.Apabila timbul pelbagai soal hati maka wujudlah penyakit hati seperti hasad dengko, ego, ujub, dan sebagainya.
Tidak semua kehendak hati manusia dapat penuhi secara keseluruhannya kerana manusia mempunyai batasannya sebagai hamba Allah.Mereka tidak terlepas daripada pelbagai kelemahan dan kepincangan hati.Hati manusia juga tidak serupa walaupun bentuknya sama tetapi kehendaknya tidak serupa.Bak kata pepatah,"rambut sama hitam,hati lain-lain".

Bagi mengubat dan menghidupkan hati,kita hendaklah menjauhkan hati daripada segala racun-racun hati yang boleh merosakkan dan membuuh secara senyap-senyap tanpa disedari.Oleh itu , kita hendaklah sentiasa menjaga lidah apabila berkata-kata kerana lidah itu lebih tajam daripada pedang.Begitu juga  halnya dengan menjaga perut yang menjadi punca segala penyakit.Mata juga hendaklah dijaga daripada memandang apa yang tidak sepatutnya dilihat  dan yang akhirnya menjaga kemaluan daripada segala keburukan serta pertahankanlah maruah diri sebagai Mukmin yang sejati.

Iman yang kuat dapat menjadi benteng kepada segala hasutan syaitan dan bisikan hawa nafsu.Jangan biarkan nafsu dan kata hati menguasai diri kita sebaliknya gunakanlah pertimbangan akal dan iman yang sejati dalam menentukan setiap perkara.Contohilah akhlak dan keperibadian Rasulullah S.A.W telah menjanjikan padanya syurga.

KUNCI MENJAGA HATI.

1.  Menjaga perut
  • Sabda Rasulullah S.A.W: " Makanlah apabila lapar, berhenti sebelum kenyang."
  • Banyak berpuasa sunat
  • Makan makanan yang halal sahaja
  • Makan makanan yang berkualiti
  • Banyakkan minum air kosong
2.  Menjaga mata
  • Gunakan mata untuk melihat kebesaran Allah dan kemudahan harian seperti mencari jalan dan sebagainya
  • Elakkan melihat yang haram
  • Jaga kesihatan mata
  • Banyakkan membaca Al-Quraan
  • Memakai celak
3.  Menjaga kemaluan
  • Segera berkahwin
  • Menjalin hubungan itim suami isteri 
  • Elakkan tempat maksiat
  • Elakkan pergaulan dengan yang bukan mahram
  • Menjaga kesihatan dan kebersihan kemaluan
  • Bercita-cita untuk mempunyai anak yang ramai
4.  Menjaga lidah
  • Gunakan lidah untuk berdakwah
  • Jangan sakitkan hati kawan dan jiran
  • Selalu bertasbih kepada Allah S.W.T 
  • Selalu membaca Al-Quraan
  • Elakkan mengumpat.memfitnah,dan mencaci
  • Menjaga kebersihan dan kesihatan mulut,gusi dan gigi