I made this widget at MyFlashFetish.com.

Bab 4- Tanda hati sakit

Realiti kehidupan pada hari ini memaksa manusia untuk berlumba-lumba dalam mencapai tujuan hidup masing-masing.Malangnya,dalam kesibukan ini,masih ada yang terlupa untuk menjaga sekeping hati yang kecil tetapi besar peranannya dalam kehidupan manusia.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud.
" Barang siapa mengerjakan amal yang soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan yang beriman maka sesungguhnya kami akan diberikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan balasi mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan,"
(Surah al-Nahl:97)

TANDA HATI SAKIT
Hati boleh menjadi sakit apabila ia dijangkiti kuman penyait hati yang terdiri daripada sifat-sifat mazmumah.Kuman tersebut akan menjadi racun yang akan merosakkan hati  Boleh kita kenalpasti melalui akhlak atau tingkah lakunya.Antara tanda orang hatinya dihinggapi penyakit ialah.

  • Sifat marah
Jangan marah
Diriwayatkan ada seseorang yang telah mengunjungi Rasulullah S.A.W sambil memohon supaya baginda mewasiatkan satu wasiat yang pendek dan sedikit sahaja.Maka baginda bersabda kepadanya" Jangan marah!" Diulangi permintaannya maka baginda sekali bersabda:" Jangan marah!"

Tingkatan manusia ketika marah
  • Ketiadaan sifat marah: Orang yang tidak pemarah
  • Keterlampauan sifat marah: Baersiap panas baran dan jika terlalu marah, pertimbangan akal dan kewarasannya hilang.
  • Pertengahan diantara marah dan tidak marah: Jika marah masih mengikut pertimbangan akal.Jarang mempamerkan  kemarahan kecuali pada perkara yang perlu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
   Bagaimana Mengubati Sifat marah
  • Cuba ingatkan kembali segala anjuran-anjuran syariat dalam keutamaan dan kelebihan menahan sifat marah
  • Mengigati segala ancaman Allah S.W.T dan segala seksaan-nya
  • Ingat akan akibat permusuhan dan membalas dendam 
  • Gambarkan....betapa buruknya rupa anda kelak apabila anda marah
  • Fikirkan apa sebabnya
  • Fikirkan perasaan orang lain.
RIYAK

Bentuk-bentuk riak:
  • Riak dalam beribadat
  • Riak dalam kegiatan harian
  • Riak dalam memberi sumbangan atau derma 
  • Riak dalam pemakaian 
  • Riak dalam pertuturan
HASAD DENGKI

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali ' Imran ayat 120 yang bermaksud
"Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan,maka hal itu tidak menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan,maka mereka pun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut."

SOMBONG

Ulama berpendapat ada 3 jenis sifat sombong:
  • Sombong kepada allah S.W.T- tidak mahu beriman kepada allah dan memperolokkan segala suruhan
  • Sombong kepada rasulnya-sifat ini adalah sifat orang Quraisy yang mengejek nabi Muhammad dengan mengatakan baginda anak yatim,tidak berharta dan tidak layak menjadi pemimpin
  • Sombong sesama manusia-Merasakan dirinya lebih baik dan hebat daripada orang lain.Dia juga bangga dengan keturunannya dan suka dirinya dipuji serta disanjung.