I made this widget at MyFlashFetish.com.

Bab 6- Tip menghidupkan hati

Hati yang sakit akan mati jika tidak diubati.Ilmu tasawuf adalah salah satu cara bagi orang mukmin untuk mengetahui cara mengubat hati.Ilmu tasawuf ialah ilu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin untuk mengetahui kedudukan hatinya.Jika hatinya dipenuhi dengan sifat-sifat keji dan tercela maka hati tersebut seudah berpenyakit.Orang yang hatinya berpenyakit amat mudah tergelincir daripada landasan syariat,

Ilmu itu bertujuaan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada dalam landasan syariat islam.Hati yang sakit natijahnya daripada nafsu dan akal ang tidak taat dan tunduk kepada syariat islam.Jika penyakit ini tidak diubati maka ia boleh menyebabkan hati mati.Ketika itu bukan sekadar tidak taat dan tunduk kepada syariat islam tetapi menolak dan mencabar segala ketetapan Allah S.W.T.

TANDA HATI MATI....

Menolak kebenaran
Hati yang mati boleh dilihat apabila seseorang itu menolak kebenaran.Dia  tidak akan mempercayai tentang agama dan kewujudan Allah sebagai Maha pencipta.Orang seperi ini,hatinya lebih keras daripada batu dan tidak merasai apa-apa jika melakukan kezaliman dan kemaksiatan.

Tidak menyembah Allah
Selain daripada itu,orang yang mati hatinya tidak mahu menyembah Allah lebih mempercayai sesuati selain allah.Dia juga tidak mahu melakukan ibadah kerana baginya itu hanya sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan faedah.

Mempersendakan hukum
 Disamping itu, orang yang mati hatinya sentiasa mempersendakan hukum serta tidak mahu beriman kepada Allah, rasul,malaikat ,kitab,hari kiamat serta qada' dan qadar.

Seronok melakukan kemungkaran
Hati yang mati akan merasa seronok melakukan kemungkaran.Lihat sahaja dunia pada hari ini, banyak orang yang telah mati hatinya.Peperangan dan pembunuhan serta kekejaman yang berlaku seolah-olah membuktikan manusia tidak punya hati lagi.

Seronok melihat orang menderita
 Orang yang memiliki hati yang mati rasa seronok melihat orang yang terinaiya dan menderita.Mereka  tidak mempunyai rasa belas kasihan dan simpati walaupun sedikit asalkan hati mereka puas dan seronok.Contohnya, kejadian  bunuh yang kian menjadi-jadi di negara pada ketika ini dan peperangan yang berlaku di Lubnan pada masa kini.Sesuatu yang menyedihkan adalah anak-anak yang masih kecil menjadi korban yang terbanyak dalam peristiwa menyayat hati ini.

Tidak percaya akhirat.
Lebih menyedihkan lagi orang yang mati hati sudah tidak mempercayai lagi kewujudan hari akhirat sebagai hari pembalasan untuk manusi di muka bumi ini.Dia lebih seronok  untuk menjadikan kehidupan ini lebih wadah untuk berseronok dan sanggup mengangap dirinya paling berkuasa di muka bumi ini..

Tidak percaya syurga dan neraka
Hati yang mati juga akn menjadikan manusia sudah tidak mengakui kewujudan syurga dan neraka sebagai tempat pembalasan untuk segala kejahatan dan kebaikan.Baginya,jika dia berbuat baik dengan orang akan memuji setinggi langit dan jika dia berbuat jahat,hatinya akan puas.

Tip menghidupkan hati.
TAUBAT
Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dan beberapa syarat yang tertentu.Dengan sifat Allah yang Maha pengampun dan Maha penyayang,kita sebagai hamba diberi peluang untuk bertaubat setelah melakukan dosa.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Dan mohonlah ampun kepada Allah,Sesungguhnya ia maha pengampun lagi mengasihani."
(surah al-Muzammil: 20)

Taubat yang dilakukan haruslah bersyarat bagi memastikan pelaku dosa itu tidak mengulangi kembali kesalahannya.


SYARAT-SYARAT TAUBAT
  • Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukannya 
  • Menyesal atas segala maksiat yang telah dilakukannya
  • Bercita-cita tidak akan mengulangi lagi.
  • Mengembalikan hak-hak makhluk yang telah dizalimi 
  • Mengerjakan perkara-perkara fardu yang telah ditanggalkan selama melakukan dosa                    
 
  HIKMAH TAUBAT
  • Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Meningkatkan ketakwaan diri
  • Membanteras tipu daya syaitan ysng selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosadan maksiat
  • Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T dalam hidup di dunia dan akhirat
  • Hubungan yang baik sesama manusia dapat dibekalkan 
  • Membersihkan kekotoran hati 
RINTIHAN TAUBAT
"Ya Allah,janganlah engkau sesatkan kami setelah engkau tunjuki,dan berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-mu.Sesungguhnya Engkau maha banyak memberi pemberian."

HINDARI STRESS 
  • Banyak membaca al-Quraan 
  • Banyak bersenam
  • Kawal pemakanan
  • Rajinkan diri melihat ikan di akuarium
  • menangis dapat menghindari stress
  • Bercerita dan mendengar cerita
  • Mandi air suam
  • Cerita masaalah kepada orang lain yang boleh dipercayai
  • Peluk bayi
  • Amalkan teknik urutan


KATA HIKMAH
Orang yang reda dalam menerima segala hukum allah adalah orang yang teguh imannya.Dia juga  seorang yang bertakwa dan patuh kepada Allah.Ini adalah kerana diamenerima segala yang diturunkan Allah dengan senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.