I made this widget at MyFlashFetish.com.

Bab 2- Jenis-Jenis hati

Para ulama telah menyatakan,Alllah S.W.T  telah mengkategorikan hati kepada 3 jenis

1. Qalbun Sahih
Qalbun Sahih bermaksud hati yang suci.Apabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati itu bersih,sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah. S.W.T

2. Qalbun Mayyit
Qalbun Mayyit bererti,hati yang mati. Orang yang memiliki jenis hati ini tidak akan mengenal penciptanya.Mereka tidak mahu menyembah Allah. seta tidak akn dicintai Allah.Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah.

3. Qalbun Maridh
Hati ini adalah hati yang sakit,Golongan yang mempunyai jenis hati ini,masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit.Kadangkala mereka hidup sihat,tetapi ada ketikanya mereka kadangkala melebihkan duni,ikut nafsu ,tamak,dengki,takabbur,ujub dan riak.Kita perlu ingat, kita bukan sajaha perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran,kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan daripada sifat tercela ini.
 Hati yang sakit ini,asalnya mempunyai dua motivasi
@ Motivasi untuk  mengajak kepada Allah,Rasul serta mencari kebahagiaan abadi di akhirat
@ Motivasi untuk menuju kepada kehidupan dan kebahagiaan di dunia yang sifatnya hanya sementara

Beza hati Mukmin dan Hati  kafir
Sayidina Ali berpesan: 
" Hati seseorang mukmin itu bersih,terdapat pada pelita yang bercahaya.Manakala hati sesorang kafir itu hitam seta berpenyakit"


KUTANYA HATI
Ku tanya hati 
Kutepuk dada sendiri
Manakah hala perjalananku ini?
Terasa sengsi masih kubelum mengerti
Adakah aku dilanda  laluan pasti?


Bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan
Adakah berita yang suci dari sempadan?
Berikan petunjuk hidayah dan pesanan
Bawakan doaku terus ke tahta pengangkutan


Berbalas pandangan mataku dengan sang bulan
Bagaikan bicara 
Mengharapkan pengertian 
Moga disusun bintang yang beselerakan 
Menjadi landasan laluan perjalanan


Ku tanya hati
Apakah bisa aku dikhianati 
Dengan kata hati yang tidak pasti
Atau akukah yang tidak mengerti
Betapa berharganya hati yang suci


Subhanallah...............................
Indahnya hati pemberian Allah 
Akan kujaga biarpun payah 
Akan kuhias dengan sifat mahmudah
akan kusingkir sifat mazmumah.