I made this widget at MyFlashFetish.com.

Kesilapan anak

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufiq dan Hidayah-Nya, saya dapat melaksanakan kerja ini dengan sempurna untuk pensyarah bagi subjek Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (CTU551) iaitu Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin.

Tajuk yang ingin saya bentangkan dalam kerja saya ini ialah Kesilapan Anak.Saya memuatkan beberapa contoh kesilapan anak yang dilakukan oleh seseorang anak pada zaman sekarang. Tujuannya ialah agar kita semua dapat melengkapi pemahaman dan pengetahuan kita tentang hal-hal yang tidak boleh dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa mereka.

Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan kami meminta keampunan Allah S.W.T dan sesiapa yang membaca bahan ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasihkepada ustaz dan rakan-rakan saya atas pertolongan serta bimbingan dan pertolongan mereka memebantu saya menyiapkan kerja ini.

Sekian,terima kasih.

BERBICARA DENGAN KATA-KATA KASAR


Tanda seseorang beradab adalah bertutur kata dengan kata-kata halus. Bertutur kata halus menunjukkan berbudi dan tahu sopan santun serta berjiwa halus. Terhadap ibu bapa, anak harus menunjukan kehalusan budi. Bilamana anak mengeluarkan atau menggunakan bahasa kasar kepada ibu bapanya, bererti mempunyai akhlak dan jiwa yang rendah.

Ucapan yang penuh penghargaan dan kemuliaan terhadap ibu bapa menunjukkan. Keluhursn akhlak anak dan kesedarannya yang tinggi terhadap kemuliaan kedudukan ibu bapa di hadapannya. Islam menghendaki agar setiap orang memiliki kehalusan budi dan
jiwa.

Berakhlak yang baik mencangkup tutur kata dengan bahasa yang halus.Sebab salah satu ukuran ketinggian akhlak dalam pergaulan adalah tutur kata yang halus.Kerana ibu bapa berperasaan sangat halus dan peka dengan pergaulan dengan anak-anaknya.Maka anak-anak tidak boleh menggunakan bahasa atau tutur kata yang mencerminkan sikap kurang hormat kepadanya.

Sekarang bagaimana tindakan anak agar dapat bertutur kata halus dan lemah lembut kepada ibu bapa?Tindakan yang seharusnya mereka lakukan ialah mempelajari bahasa yang luhur yang berlaku di masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia. Kerana setiap bangsa atau masyarakat memiliki tingkat bahasa yang luhur dan beradab, maka bahasa yang luhur dan beradab, maka bahasa seperti itulah yang seharusnya digunakan anak dalam berbicara kepad ibu bapa.

MENGHERDIK IBU BAPA

Mengherdik bererti membentak atau melontarkan kata-kata dengan nada suara keras. Mengherdik merupakan suatu cara memberikan pelajaran kepada orang yang berbuat salah agar kesalahan tersebut tidak diulangi lagi.Mengherdik dimaksudkan untuk menakut-nakuti atau meluruskan kesalahan bila yang bersalah lebih muda dalam umur dan statusnya. Misalnya, ibu bapa kepada anak,majikan kepada buruh,guru kepada murid, atasan kepada bawahan.


Kerana mengherdik merupakan melepaskan rasa marah atas perkara yng tidak patut dilakukan oleh orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua, atau yang bawah kepada yang atas, maka satu kesalahan besar bila anak mengherdik atau membentak ibu bapa mereka.


Berbicara dengan suara tinggi terhadap sesiapa pun terlarang dalam Islam.Berbicara dengan suara rendah telah menjadi cirri pergaulan kalangan terhormat dan terpelajar.

Kerana bersuara dengan nada rendah atau lemah-lembut menjadi bukti ketinggian akhlak seseorang,maka hendaklahanak selalu menghindarkan diri dari nada suara keras atau tinggi dalam berbicara dengan ibu bapanya, apalagi mengherdiknya, kerana mengherdik adalah perbuatan derhaka terhadap ibu bapa.

MENGABAIKAN KEPERLUAN IBU BAPA


Ibu bapa mempunyai berbagai keperluan terhadap anaknya , antara lain keperluan material mereka dalam keadaan kekurangan. Selain itu, ibu bapa menginginkan agar dijaga nama baiknya di mana pun anak berada.Ibu bapa juga mempunyai hasrat untuk dibantu membayar hutangnya bilamana mereka tidak sanggup membayar hutang, sedangkan anak dapat membantunya.


Kerana besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap terhadap anak-anaknya yang masih kecil, seharusnya seorang anak taat dengan baik kepada ibu bapanya mendahulukan urusan dan selalu siap melaksanakan perintahnya.Andainya anak telah mengabaikan ibu bapa mereka,anak haruslah cepat memohon kemaafan dari ibu bapanya.

Sikap anak yang telah dewasa sudah berubah terhadap ibu bapanya. Kerana pergaulan yang cukup bebas, kadangkala seorang anak lebih dekat dengan temannya daripada dengan ibubapanya.Perkara ini sering membuatkan seorang anak lebih mengutamakan kepentingan temannya daripada ibu bapanya.Sebagai contoh yang senang dilihat ialah pasangan anak yang sedang bercinta,mereka lebih mengutamakan pasangan mereka berbanding ibu bapa mereka.

Secara kesimpulannya,seorang anak yang tidak menghiraukan ibu bapanya berertitelah berbuat derhaka terhadap mereka dan patut mendapat azab Allah S.W.T. di dunia ini lagi.

MENGHINA AGAMA IBU BAPA


Menghina agama ibu bapa maksudnya mencemuh atau mempersendakan ajaran-ajaran agama yang dianuti oleh ibu bapanya.Mencemuh ajaran-ajaran agama atau amalan-amalan agama yang dianut oleh ibu bapa adalah perbuatan yang dilarang oleh Islam.


Dalam realiti kehidupan ,kadang-kadang anak berbeda agama dengan ibu bapanya. Anak beragama Islam, sedangka ibu bapa beragama lain. Hal semacam ini bukanlah merupakan kes baru, melainkan sudah terjadi sejak dulu. Contohnya Nabi Ibrahim dengan bapanya.


Seorang anak harus melayan ibu bapanya dengan baik walaupun berbeza pegangan agamanya, tanpa keluar darin ajaran Islam. Kerana Islam sangat menghormati hak beragama setiap orang dan melarang merendahkan agama orang lain.


Kes penghinaan agama ini memang sangat sensitif menjadikan ketegangan hubungan antara ibu bapa dengan anak atau anggota keluarga yang lain. Kerana itu, Islam melarang penghinaan agama oleh siapa pun, terhadap siapa pun dan pada agama apa pun.Yang dibenarkan oleh Islam ialah menjelaskan kebenaran-kebenaran Islam dan menunjukkan kesesatan-kesesatan dalam aqidah dan amalan agama yang lain dengan jujur, dengan dasar dan alas an yang masuk akal.Akan tetapi menghina dan memperolok-olok sama sekali tidak dibenarkan oleh Islam.

DENDAM TERHADAP IBU BAPA


Dendam adalah sikap tidak rela untuk menghilangkan rasa tidak senang pada masa lalu atas tindakan orang lain terhadap dirinya dan berkeinginan untuk membalas.

Sering kali anak merasa kecewa kepada ibu bapanya kerana perlakuan yanag tidak menyenangkan. Keadaan semacam ini biasanya membuat anak berdendam kepada mereka.Boleh jadi perlakuan ibu bapa yang salah itu kerana kebodohannya atau kebakhilannya atau kederhakaannya terhadap anak.Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh :

- Enggan membiayai persekolahan anak
o Ibu bapa bersikap bakhil atau kedekut untuk menggunakan duit
- mereka membiayai persekolahan anak mereka.

- Membuka aib di hadapan saudaranya
o Ibu bapa memalukan anak di hadapan saudara atau kawan anak-anak mereka.
o Memukul anak-anak di hadapan masyarakat tanpa belas kasihan

- Pilih kasih terhadap anak
o Ibu bapa memberikan sesuatu kepada anak-anaknya secara tidak adil.
o Membelikan sesuatu barang mahal kepada anak yang lebih disayangi
- Berbanding anak-anak lain.

Adapun bila anak terlanjur mendendam kepada ibu bapanya, maka ia wajib menghilangkan rasa dendamnya itu dan meminta maaf kepada mereka. Sebaliknya,ibu bapa seharusnya mahu muhasabah diri akan perilakunya yang menyebabkan dendam anak kepadanya supaya ia menyedari bahawa penyebab dendam tersebut adalah perilaku ibu bapa yang menyalahi agama.

Selain itu, ibu bapa harus bersikap terbuka untuk menjelaskan terhadap anaknya sebab-sebab dia berlaku tidak menyenangkan tersebut,sehingga anaknya mahu menerima dengan baik dan ibu bapanya pun memberikan maaf dengan ikhlas.

MEMBIARKAN IBU BAPA MENJADI HAMBA

Hamba ialah seseorang yang dimiliki orang lain laksana barang atau haiwan yang kehilangan kebebasan atas dirinya sendiri.perhambaan dipandang hina oleh manusia.seorang anak yang berfikir sihat dan berjiwa normal akan merasa sangat terhina bila ibu bapanya dihina oleh orang lain, apalagi dijadikan hamba.

Islam sebagai agama tauhid dan menjunjungi harkat manusia memerintahkan adanya pembebasan perhambaan dari muka bumi ini.Kerana itu, seorang anak yang mengetahui ibu bapanya dijadikan hamba oleh orang lain, harus bertanggungjawab untuk membebaskannya. Kerana membela penghormatan ibu bapa, apalagi hak kemerdekaan ibu bapa yang dirampas oleh orang lain, adalah termasuk dalam pengertian birr al-walidain.

Seorang anak yang beriman kepada Allah S.W.T dan hari akhirat memikul tanggungjawabmemulihkan kembali hak kemerdekaan ibu bapanya yang dirampas orang lain.Terdapat kes-kes yang boleh dijadikan contoh,antaranya ialah :
i) Ibu bapa terikat dengan kontrak pekerjaan.
ii) Ibu bapa terbelenggu di dalam hutang.

Sebagai seorang anak yang beriman serta bertanggungjawab pada ibu bapanya, mereka hendaklah sentiasa mengambil berat tentang ibu bapanya dan menyelamatkan mereka dari menjadi hamba pada orang lain.

MEMASUKI BILIK TIDUR IBU BAPA PADA
TIGA WAKTU TERLARANG TANPA IZIN

Allah telah memberikan hak khusus bagi ibu bapa untuk menikmati suasana khusus dan pada tempat khusus.Anak-anak tidak dibenarkan untuk masuk ke kamar ibu bapanya dalam tiga waktu bila ibu bapa ada di dalamnya. Ketiga waktu tersebut ialah :

a) Sebelum solat Subuh
b) Tengah hari
c) Sesudah solat Isya’

Ketiga waktu ini merupakan waktu-waktu khusus bagi suami isteri.Islam memberikan hak kepada pasangan isteri agarmereka dapat menikmati hubungan khusus yang menjadi haknya.Dengan demikian,siapa pun tidak boleh mengganggu waktu di biliknya yang memang dipergunakan khusus oleh ibu bapa yang menjadi suami isteri.

Kalau anak-anak yang masih kecil sekalipun terkena larangan untuk memasuki kamar khususibu bapanya pada tiga waktu tersebut, maka apalagi anak-anak yang sudah dewasa. Bagi anak-anak yang belum baligh , perbuatan tersebut memeng tidak menyebabkan dosa mendapatkan dosa, tetapi bagi anak-anak yang sudah dewasa, hal itu akan menyebabkannya berdosa.

Adanya pemberian hak menikmati tiga waktu di bilik khusus membuktikan bahawa siapa yang menggangu suami isteri pada waktu tersebut dan ditempatnya bererti melawan hak.Orang yang melakukan perbuatan melawan hak seseorang bereti zalim pada yang bersangkutan. Kerana itu anak-anak yang masuk ke dalam kamar ibu bapanya pada ketiga waktu terlarang di atas tanpa izin bererti di atas tanpa izin bererti telah melakukan perbuatan derhaka terhadap ibu bapa mereka.

ENGGAN MENGURUS IBU BAPA YANG UZUR



Tidak mahu mengurus ibu bapa ertinya mengabaikan tanggungjawab untuk merawat ibu bapanyayang telah berusia lanjut, kerana mereka tidak sanggup lagi menggurus dirinya.Sebab-sebab ibu bapa tidak sanggup mengurus dirinya mungkin kerana telah uzur,sering sakit,tidak snggup lagi berkerja kerana fizikal yang sudah lemah. Kerana itu, sikap seorang anak yang tidak lagi mahu membantu dan mengurus kepentingan ibu bapanya yang terlantar semacam itu termasuk dalam kategori mengabaikan ibu bapa yang lanjut usia.


Bila ibu bapa telah uzur atau sakit,seorang anak itu wajib menguruskan mereka kerana ia adalah tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa mereka.Layanan anak kepada ibu bapanya yang telah lanjut usia adalah seperti orang dewasa melayan anak-anak kecil,bahkan lebih berat daripada itu. Jadi, kesabaran dan ketekunan serta kesiapan mental anak merawat dan mengasuh ibu bapa lanjut usia sangatlah diperlukan agar berhasil mengurus kepentingannya dengan baik.


Seseorang anak yang mengabaikan ibu bapanya yang telah lanjut usia,maka ia telah berbuat derhaka terhadap mereka.Andainya seorang anak itu telah mengabaikan ibu bapa mereka, hendaklah mereka segera memohon maaf pada mereka dan menyempurnakan tanggungjawab tersebut.Allah S.W.T benci pada manusia yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka.


MELAWAN PERINTAH IBU BAPA
Perintah ibu bapa adalah tuntutanyang ditujukan oleh ibu bapa kepada anak untuk dilaksanakan dengan baik sesuai dengan kehendak ibu bapa. Ibu bapa adalah pemimpin keluarga dan mempunyai hak untuk dipatuhi ketentuan-ketentuannya.Oleh kereana itu, anak yang menjadi bahagian dari keluarga berkewajipan mengikuti perintah ibu bapanya selama tidak bertentangan dengan garis-garis ketentuan Allah S.W.T dan Rasul-Nya.


Di dalam keluarga, ibu bapa adalah ketua dan pemimpin.Ibu juga menjadi ketua dan pemimpin untuk mewakili bapa bilamana bapa tidak ada di rumah. Kerana itu, selama berada di bawah kepimpinan, anak-anak berada kekuasaan ibu bapanya.

Anak yang terlanjur melawan perintah ibu bapaharus meminta maaf kepadanya dan untuk selanjutnya tidak mengulangi perbuatan tersebut.Sebaliknya, ibu bapa yang mendapati anaknya telah meminta maaf atas kederhakaannya itu hendaklah mahu memaafkan dan meminta kepada anaknya agartidak mengulangi perilakunyayang buruk yang ternyata hanya meninggalkan beban, dosa kepada dirinya.

Ibubapa hendaklah berpikiran panjang dan luas dalam memberikan perintah-perintah kepada anaknya. Anak haruslah menghormati perintah ibu bapa selagi tidak lari dari hokum syarak.Seorang anak yang soleh serta solehah sentiasa mengikuti perintah ibu bapanya.


MEMBIARKAN IBU BAPA MENJADI HAMBA

Hamba adalah seseorang yang dimiliki orang lain laksana barang atau haiwan yang kehilangan kebebasan atas dirinya dan tidak mempunyai kemahuan bebas sehingga dia hanya menjadi menjadi alat bagi kepentingan tuannya.Hamba dapat dijual-belikan oleh tuannya sebagaimana haiwan dan barang.

Perhambaan merupakan suatu status yang dipandang hina oleh manusia. Kerananya, orang yang menjadi hamba bererti menjadi manusia hina. Seorang anak yang berfikir sihatdan berjiwa normalakan sangat terhinabila ibu bapanya dihina oleh orang lain , apalagi menjadi hamba. Kerana itu,seorang anak yang mengetahui ibu bapanya dijadikan hamba oleh orang lain, harus bertanggungjawab untuk membebaskannya.Kerana membela kehormatan ibu bapa, apalagi hak kemerdekaanibu bapa yang dirampas oleh orang lain,adalah termasuk dalam pengertian birr-alwalidain.

Membebaskan ibu bapa dari perhambaan merupakan sebahagian dari birr al-walidain.Ini bererti bahawa membiarkan ibu bapamenjadi hamba orang lain, padahal anak mampu melakukan upaya pembebasannya adalah melanggar birr
al-walidain. Tiap-tiap perbuatan yang bertentangan dengan birr al-walidain
bererti derhaka terhadap ibu bapa.Kerana itu,membiarkan ibu bapa tetap menjadi hamba,padahal anak mampu membebaskan adalah kederhakaan anak terhadap ibu bapanya.


Dalam perbicaraan ini, kita masukkan masalah membebaskan ibu bapa dari perhambaan adalah untuk menjelaskan bahawa usaha yang harus dilakukan anak dalam rangka berbakti kepada ibu bapanya adalah menyangkut pembebasan ibu bapa dari perhambaan.

Walaupun sekarang system penghambaan sudah dihapuskan, namun pengertian perhambaan tidaklah mengurangi erti dari ketentuan Islam. Bahkan hal ini membuktikan upaya Islam yang sukses menggerakkan kekuatan duniauntuk memerangi penghambaanyang pernah bermaharajalela ratusan tahun yang lalu di dunia ini. Kerana itu, bilamana kelak muncul kembali system ini, kita telah memproleh pedoman mengenai tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang terjerumus di dalam alam perhambaan.

KESIMPULAN

Ibu bapa merupakan insan paling besar jasa mereka terhadap pertumbuhan dan perkembangan anak.sentuhan dan belaian kasih sayang mereka bagaikan bagaikan permata yang bergemerlipan menghiasi kegelapan. Segenap keikhlasan dan kemurnian agama dan keluarga.

Sikap kesombongan dan keangkuhan anak terhadap ibu bapa hanya akan mengguris kalbu mereka.sesungguhnya ibu bapa merupakan insan yang paling sensitif terhadap sikap dan peribadi anak-anak mereka. Kederhakaan anak terhadap ibu bapa disamping mencalarkan fitrah keibubapaan juga sebagai suatu dosa besaryang akan menerima balasan seksaan daripada Allah S.W.T.

Asal kejadian jin.


Renungan Rohani Antara Peranan Jahat Syaitan

Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.

Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.

Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.

Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.

Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.

Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.

JIN Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-
Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.
Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij )
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).
ASAL KEJADIAN JIN
Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.
Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.
Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.
Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.
Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.
Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

CARA PEMBIAKAN JIN
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.
Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.
Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.
Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.
AGAMA PUAK-PUAK JIN
Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.
Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.
Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.
Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

RUPA BENTUK JIN
Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.
Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.
Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.
Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.
Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.
Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.
Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "
Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.
MELIHAT JIN
Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.
Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.
Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).
Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.
JENIS-JENIS JIN
Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-
1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan
3.  Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )
4.  Al-Afrit Penipu-penipu
5. Al-A’waan Pelayan-pelayan
6.  Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang
7.  Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam
8.  At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )
9.  Al-Qurana Pengawan-pengawan
10.  Al-Ummaar Pemakmur.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.
ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU IALAH:
Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum, Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.
KERAJAAN-KERAJAAN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA :

1.   Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.
2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah  tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3.  Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4.      Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.


 ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.

Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.
Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.
Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.
Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-
Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.
Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi.  Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.
Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.

Kejadian manusia...

PERINGKAT PERTAMA :
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud :
” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “
sperma
Sperma Sperma menembusi ovum
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT KEDUA :
‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :
” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.
PERINGKAT KETIGA :
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud
“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT :
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :
“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”
janin1
Janin berusia 12 minggu
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
PERINGKAT KELIMA :
NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
janin2
Janin mendapatkan makanan melalui uri
PERINGKAT KEENAM :
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.
Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam…

Asal - usul kaum Bani Israel

Kaum bani Israel adalah kaum yang angkuh dan sombong.Bukan sedikit menikmat kurniaan yang telah diberikan Allah SWT terhadap mereka.Contohnya mereka telah dibebaskan daripada cengkaman kezaliman yang menindas dan memperhambakan mereka selama berabad-abad lamanya.
Mereka juga telah diperlihatkan tentang kekuasaan Allah Yang Maha Besar yang telah memusnahkan Firaun dan tenteranya dengan ditenggelamkan mereka semua didalam laut.Malah ketika mereka berada di tengah-tengah padang Pasir yang kering dan tandus,Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Pemurah telah memancarkan air dari sebuah batu dan menurunkan hidangan yang lazat iaitu manna dan salwa untuk santapan mereka.
Disamping itu, Allah SWT  juga telah mengutus beberapa orang nabi dan rasul dari kalangan mereka sendiri untuk membimbing mereka ke jalan yang benar.Namun segala nikmat dan pemberian itu sedikit pun tidak mengubah sikap mereka yang keras kepala dan tidak mengenal erti syukur,suka berdalih dan membantah setiap suruhan dan perinta Allah SWT.
Perkara yang sama juga telah berlaku tatkala Allah SWT memerintahkan Nabi Musa supaya memimpin kaumnya pergi berhijrah ke Palestin,tempat suci yang telah dijanjikan Allah kepada Nabi Ibrahim untuk dijadikan tempat tinggal anak cucunya. Mereka juga telah membantah dan enggan melaksanakan perintah tersebut.Alasan mereka adalah mereka kerana tidak mahu berdepan kaum Kan' aan iaitu kaum yang pada anggapan mereka merupakan orang-orang yang gagah perkasa.Mustahil untuk dikalahkan dan diusir oleh mereka.Walhal mereka sebenarnya tidak yakin dan percaya dengan janji Allah melalui Nabi Musa AS bahawa dengan pertolongan Allah SWT mereka dapat mengusir kaum Kan'aan iaitu dari kota Ariha untuk membolehkan tempat itu dijadikan sebagai permukiman mereka untuk selama-lamanya.
Mereka berkata kepada Nabi Musa,"Hai Musa,kami tidak akan memasuki Ariha sebelum orang-orang Kan'aan itu keluar.Kami tidak berdaya menghadapi mereka dengan kekuatan fizikal kerana mereka terkenal sebagai orang-orang yang kuat dan perkasa.Pergilah engkau berserta Tuhan-Mu itu memerangi dan mengusir orang-orang suku Kan'aan dan tinggalkan kami disini untuk menanti dan melihat hasil perjuanganmu"